14 April 2010

Kaca Vs Permata

Wanita hiasan dunia. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Namun, perhiasan dunia ini sudah tidak berkilau seperti dulu. Semakin hari, kemilauannya semakin ditelan zaman.

Kerana perempuan, timbulnya pelbagai fitnah. Kerana perempuan, sahabat bercakaran. Kerana perempuan, retaknya hubungan. Kerana perempuan, hilangnya kasih sayang. hanya kerana seorang perempuan.

Rapuhnya hati itu. Dikaburi kilauan kaca yang disangkakannya permata. Hinggakan kemilaun pertama disisinya sudah tidak lagi dilihatnya berseri.

Bergembiralah,berbahagialah. Hingga tiba masanya, akan jatuh dan berkecai kaca itu. Dan ketika itu, berserinya si permata mungkin bukan lagi untukmu.

Kasih yang disemai, diperlakukan seolah-olah tiada harga. Jadi apakah harganya?? Jiwa yang kembali muda berbunga?? Atau egomu yang segagah tembok China??

Sedarlah! Selagi ianya belum terlambat, selagi hati masih terikat, selagi waktu masih berdetik, selagi jantung masih berdenyut!

04 April 2010

BELIEVE~~~

Assalamualaikum wbt

Kepercayaan asas kepada sebuah hubungan. Tak kisah la hubungan tu sesama kawan2 ke, hubungan dalam satu2 syarikat atau organisasi ke, hubungan percintaan ke, apatah lagi hubungan suami isteri dan kekeluargaan. Pendek kate,semua jenis hubungan didasari oleh sebuah kepercayaan. Ada sape2 yang tak setuju?? Persoalannya, kita sebagai manusia ni, berapa kali kita boleh dikhianati sebelum kepercayaan tu hilang?? Depands on situations la kan? Pengkhianatan yang macam mana..melibatkan apa..melibatkan siapa..tempohnya berapa lama..etc~~..

Tapi yang pasti, bila kepercayaan dah diragut(dengan cara yang sangat menyakitkan pulak tu),bukan senang nk percaya buat kali kedua..Apatah lagi kalau tiga empat kali pengkhianatan berulang. Hati siapa boleh tahan? Ya Allah, kepadaMU jua kami kembali. Tiada sesiapa di dunia ini yang boleh dijadikan sandaran. Sungguh tiada melainkan DIKAU. Kurniakan kami sekeping hati yang tabah. Jernihkan segala kekeruhan yang ada di dalam setiap hubungan yang telah kami bina. Kukuhkan lagi kebahagiaan,kegembiraan dan tautkan kembali kepercayaan di antara kami semua. Dengan izinMU jualah Ya Allah,berlakunya setiap sesuatu. Hanya taliMU yang mampu mengikat erat tangan-tangan kami daripada jatuh tersungkur menyembah bumi~~

~Wassalam alaikum~

25 March 2010

BILA....

Dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Dugaan datang tanpa diduga. Peritnye mengharungi dugaan yang benar-benar menduga. Maha Suci Allah yang mendatangkan ujian bagi kami,moga dengan yang tersebut mengangkat darjat kami disisiMU. Syukur yang tidak terhingga di atas didikan mu,menjadikan kami kuat tatkala musibah menimpa. Tapi kami hanya manusia. Bagaimana harus kami sekuat karang sedangkan hati kami serapuh kaca. Bagaimana tegar melihat air mata insan yang paling disanjung gugur saban hari. Bagaimana tegar melihat selaut kesedihan di wajah yang penuh kelembutan itu. Bagaimana tegar mendengar getar suaranya menahan tangisan setiap kali panggilan.

Maha Suci Allah, ujian ini telah Kau takdirkan untuk kami. Kami redha Ya Allah. Namun kami mohon, janganlah Dikau tinggalkan kami terumbang ambing sendirian. Tuntunlah langkah kami dalam mengharungi ujianMU,pimpinlah tangan kami menuju redhaMU. Kurniakan kesabaran, ketenangan, ketabahan, kekuatan kepadanya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Engkau Tuhan sekalian alam. Tiada yang berlaku malainkan dalam pengetahuanMU. Jadikan kami hambaMU yang kuat dan sentiasa redha dengan ketetapanMU. Ampunlah Ya Allah segala kemaksiatan yang telah kami lakukan terhadapMU. YAAAA RABB~~~